..........................................................................................
Jika anda ingin tahu mengenai badminton, jurulatih berkaliber, Misbun Sidek akan sedia menjawab pertanyaan anda. Ajukan soalan anda ringkas dan lengkap dengan nama penuh dan nombor telefon kepada:
Ruangan 'Tanya Misbun'
Kelab Badminton Nusa Mahsuri,
No.2, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Fax: 6 (03) 41436101,41439101 Email: nusamahsuri_club@yahoo.com
Soalan contoh: Bagaimana untuk menjadikan seseorang pemain mempunyai kemahiran tinggi dalam badminton?

Bagaimana caranya untuk membuat pukulan backhand yang kuat?
"shahnije nizam" <shahnije@gmail.com>
UNTUK membuat pukulan backhand yang kuat, anda boleh menggunakan kayu skuasy atau tenis yang dihayun ke depan dan ke belakang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Disamping itu, anda juga disaran mengamalkan penggunaan dum bell sebagai alat sokongan untuk menguatkan pergelangan tangan jari. Dengan kekuatan ini, ia akan memudahkan latihan pukulan menggunakan raket skuasy atau tenis.

Latihan hayunan ini hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ia tidak semestinya dilakukan di gelanggang badminton sahaja tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di bilik anda.

Soalan: Mengapa Hafiz Hashim boleh kalah kepada Lin Dan di perlawanan akhir German Open 2005 walaupun dia pernah tewas kepada Ronald Susilo di Sukan Olimpik Athen 2004. Dari segi apa atau Lin Dan sekarang berada di tahap terbaik dalam permainannya sehingga Hafiz mengalami kekalahan.
"ding joo tuck" <jootuck@yahoo.com>
SETIAP pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sememangnya diakui Lin Dan sekarang berada di tahap terbaik apatah lagi berkedudukan ranking no.1 dunia. Jadi sudah semestinya dia mempunyai prestasi seimbang untuk berada di kedudukan itu bagi tempoh yang agak lama.

Dari segi permainan, memang tak perlu di pertikaikan lagi memandangkan beliau telah muncul juara dalam banyak kejohanan besar. Dari sudut rentak permainan, Lin Dan adalah seorang pemain yang boleh menyerang, bertahan dan bermain rally.

Dengan corak permainan Lin Dan yang agak agresif membuatkan Hafiz terpaksa mengikut rentak corakan Lin Dan. Dalam masa yang sama, pergerakan kaki Hafiz tidak selincah Lin Dan. Apabila Hafiz memperlahankan permainan, ini menjadikan kelebihan buat Lin Dan untuk menguasai permainan dan memberi tekanan kepada Hafiz. Ini sekaligus membolehkan Lin Dan menguasai keseluruhan permainan dengan mudah.

Soalan: Sdr Misbun, terangkan bagaimana memegang raket dengan kaedah yang betul?
ajis_67@yahoo.com
Jawapan:

MEMEGANG raket mengikut cara yang betul akan membolehkan anda membuat pukulan dengan mudah dan berkesan. Jika tidak, setiap pukulan yang dilakukan anda akan tersasar dari sasaran atau mungkin tidak mengenai bulu tangkis.

Cara memegang raket juga menentukan anda bermain mengikut corak bertahan atau menyerang. Apa yang lebih penting, apabila memegang raket anda harus merasai keberatan dan tahap ringannya. Jika terlalu ringan, anda akan dapat menghayun dengan daya yang sedikit manakala jika berat, anda mungkin terpaksa mengerah tenaga.

Cara memegang raket terbahagi kepada dua kaedah iaitu cengkaman biasa dan cengkaman kilas.

Cengkaman biasa
Cara ini agak mudah. Ibaratkan anda hendak bersalaman dengan seseorang. Ibu jari anda harus menekan pemegang raket dan jari-jari anda mencengkam pemegang raket.

Cengkaman kilas
Tidak mempunyai banyak perbezaan seperti cengkaman biasa. Pada cengkaman ini, lazimnya kedudukan ibu jari anda harus diluruskan untuk memberi tekanan kepada raket ketika anda hendak membuat pukulan.

Terdapat beberapa perkara penting harus diberi perhatian oleh anda ketika mempelajari kaedah betul memegang raket:-
i)membalut pemegang raket dengan pembalut yang bersesuaian dengan citarasa anda bagi mengelakkan kesukaran untuk mencengkam atau membuat pukulan.
ii)bentuk cengkaman amat penting, sama ada kuat ataupun longgar bergantung kepada tahap pukulan anda. Jika tidak berhati-hati, adakalanya raket boleh terlucut dari cengkaman jari anda.
iii)cara memegang raket dengan menggunakan keseluruhan pemegang raket dari pangkal hingga hujung pemegang juga penting untuk menentukan bentuk pukulan yang hendak dibuat.
iv)keberatan raket yang sesuai membolehkan anda menggunakan pergelangan tangan anda untuk mempelbagaikan jenis pukulan. Ia dapat dilakukan jika anda menggerakkan cengkaman anda keseluruhan pemegang raket dengan mudah.


mukadepanTOPmukakemudianHOME
- Topics Board -
Skin by Web Studio Ciel