BERBEKALKAN kedudukannya sebagai lagenda badminton negara yang kerap menjadi sebutan ramai, Haji Misbun Dato' Sidek tidak lari dari menjadi buruan pelbagai pihak untuk menyambarnya sebagai duta produk keluaran masing-masing.
Paling terbaru, syarikat makanan kesihatan semulajadi, Beaute Link menerusi ICA Network telah melantik Misbun sebagai duta produk yang dilihat sebagai pilihan terbaik untuk orang ramai.
Antara produk keluaran Beaute Link ialah Tip Top Life, Egg Yolk Oil, Nu Herbal Tea Drink, Omega 3 Seal Oil, Beaute Propolis, IGG Power dan banyak lagi.
Dalam rangka menjadikan produk produk ini berjaya menembusi pasaran tempatan, Beaute Link telah menawarkan sistem pameran terkini terutama mengenai pakej produk kepada rakan kongsi niaga dan agen jualan di seluruh negara.
-
HSP PENAWAR HUBUNGAN SUAMI ISTERI
MENYEDARI betapa hari iniisu keruntuhan rumahtangga semakin menjadi-jadi tanpa ada jalan penyelesaian, Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd. mengambil langkah murni menerbitkan sebuah majalah berorientasikan harga sebuah perkahwinan berjodol HSP.
Majalah yang memiliki halaman sebanyak 100 muka surat itu telah dilancar oleh diva sensasi tanahair, Anita Sarawak dan suaminya, Encik Mohd Mahathir Abdullah di salah sebuah hotel terkemuka ibu kota.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Pengedaran J.A.S. Sdn. Bhd, Puan Raja Azmi Raja Sulaiman dan suami, Encik Jalani Dato' Sidek, Ketua Editor HSP, Puan Noor Azehan Abdul Halim dan suami, Encik Abd Rashid Dato' Sidek, Pengurus Pemasaran BATA, Datuk James Selvaraj, Pengurus Kanan Sunrise Sports, Encik Kelly, Pengarah Filem, Uwei Haji Shaari, Adlin Aman Ramli, Nabil dan bintang bolasepak negara, Akmal Rizal Rakli.
Dalam ucapan aluan, Puan Noor Azehan percaya penerbitan majalah ini sekurang-kurangnya dapat menjadi panduan kepada setiap pasangan suami isteri dan mereka yang bakal akan melangsungkan perkahwinan supaya benar-benar mengerti perihal ilmu perkahwinan iaitu jambatan ke arah kasih sayang.
"Ini semua merangkumi nilai-nilai murni seperti kejujuran, keikhlasan, kesabaran, pengorbanan, rasa tanggungjawab, tolenrasi dan persefahaman dikalangan pasangan suami isteri.
"Dengan adanya penyediaan topik-topik kekeluargaan, tips-tips pakar perubatan dan kesihatan serta kaedah terbaik dalam mengeratkan hubungan suami isteri maka saya berharap sentuhan majalah HSP ini boleh dijadikan tonik penawar kepada sesebuah rumahtangga"ujarnya dengan nada ringkas.
-
JANGAN KETINGGALAN DAPATKAN VCD ANAK-ANAK SIDEK
BUKU komik Anak-Anak Sidek memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam mempelbagaikan produk keluarannya, Talent Prestige Sdn. Bhd., syarikat penerbitan itu telah menerbitkan koleksi Siri Baru Anak-Anak Sidek berbentuk VCD yang akan dilampirkan bersama komik terkenal itu pada keluaran bilangan 159, Mei depan.
Buku Anak-Anak Sidek yang dikepilkan bersama VCD yang memaparkan kisah sejarah waktu kecil Sidek Bersaudara itu akan dijual dengan harga RM6.90 senaskah.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan koleksi tersebut di pasaran tempatan atau menghubungi terus Unit Langganan Talent Prestige Sdn. Bhd., 2-1, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-41496011, Faks: 03-41439101 (Untuk Perhatian: Cik Anna-Pengarang)
Selain dari itu, Talent Prestige juga kini mengadakan siri road show promosi Anak-Anak Sidek yang dikenali "promosi jualan" ke seluruh negara mulai Mac lalu hingga Jun ini yang antara lain menampilkan pengenalan buku mewarna, buku cerita, VCD, komik animasi, buku marilah bersholat dan sebagainya.
Setakat ini, road show berkenaan telah diadakan di IKS Pinggiran Sungai AU3 Keramat, Kuala Lumpur dan Akademi Latihan Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang.
-
JALANI 'KETAGIH' TEH HALIA MERAH - BYG
SETIAP hari saya minum tujuh paket Teh Misbun. Di Restoran KERETA milik mertua saya di Danau Kota, Setapak sentiasa ada bekalan Teh Misbun untuk dihirup. Kemana-mana sahaja saya pergi, hatta di gelanggang badminton sekali pun, Teh Misbun tetap dibawa sama untuk saya syorkan kepada kawan-kawan.
Muhammad Hafiz Hashim dan abangnya, Roslin serta ramai lagi pemain badminton yang saya latih turut mengamalkan Teh Misbun. Selepas mencubanya, mereka berkata, benarlah seperti apa yang saya maklumkan, Teh Misbun sangat baik untuk membantu membuang angin dalam tubuh,memperelokkan sistem penghadaman dan rasanya enak.
Sebagai seorang ahli sukan, kami selalu lewat makan,kurang rehat, berlenggeng dedahkan tubuh pada persekitaran yang semuanya menyebabkan kami menghadapi masalah angin, sengal-sengal badan serta penghadaman. Tapi Teh Misbun telah membantu menyelesaikan semua masalah ini.
Untuk melihat kesannya, mudah saja. Selepas minum, anda akan sendawa dan buang angin kemudian badan akan menjadi segar dan bertenaga. Tiada lagi rasa loya atau mual. Saya telah amalkan teh ini sejak ia mula diperkenalkan dan telah merasai sendiri kemujarabannya.
Teh Misbun bukan sahaja bagus untuk mereka yang hidup aktif, tapi juga yang sudah berusia dan mereka yang mengidap penyakit asma. Jika anda sukar mendapatkannya, sila datang ke Restoran KERETA, saya ada di sana. Minta sahaja Teh Misbun, saya ada stoknya.
Kalau anda bertanya lagi, apa itu Teh Misbun? saya akan beritahu.... ia adalah Teh RedGin BYG, yang mana Misbun menjadi duta produknya.
Teh ini dirumus dengan empat herba utama iaitu ekstrak teh hijau,halia,madu dan ubi bit merah. Khasiat kesemua herba itu kita sudah sedia maklum, tidak perlulah saya terangkan lebih lanjut. Cuba dulu, anda akan rasai perbezaannya!
- JALANI DATO' HAJI SIDEK, bekas bergu utama negara.
(Sumber: BYG Worldwide Berhad)
-
KASUT TERBARU JENAMA YONEX
-
DAPATKAN BUKU TEKNIK ASAS MISBUN SIDEK SEBELUM KEHABISAN....!!!
CUMA dengan kos RM15.00 sahaja termasuk pos percuma, semua warganegara Malaysia kini boleh memiliki buku 'Teknik Asas Badminton' hasil tulisan Misbun Sidek dengan menampilkan pelbagai cetusan idea latihan teknik dan pengalamannya sebagai bekas pemain badminton dan kini menjadi jurulatih perseorangan terkemuka di dunia.
Apa tunggu lagi, dapatkan buku 'Teknik Asas Badminton' secepat mungkin agar diri anda tidak menyesal dikemudian hari...!!!
Untuk mendapatkan buku tersebut, sila dapatkan borang langganan di ruangan menu utama website ini.
-
KEMAMAN KOPITIAM DESTINASI KUNJUNGAN CELEBRITI
TERLETAK di tengah-tengah kepesatan bandar Kuantan, terdapat sebuah restoran bercirikan 'kedai kopi' yang cukup popular dan kerap dikunjungi pelanggan terutamanya golongan celebriti.
Restoran santai yang dikenali KEMAMAN KOPITIAM ternyata cukup sinonim dengan warga ibu negeri Pahang itu kerana terkenal kopi yang cukup harum dan pelbagai jenis yang sukar diperolehi ditempat lain.
Salah seorang pekerja yang ditemui berkata, sambutan terhadap kopitiam ini cukup menggalakkan bukan sahaja dikunjungi warga Kuantan malah mereka yang berasal dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur juga sanggup datang semata-mata untuk merasai kelazatan minuman kopi restoran kami.
Katanya, antara celebriti yang pernah berkunjung ke situ ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansur,Tengku Ampuan Pahang, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato'Sri Tengku Azlan Shah Sultan Ahmad Shah, pemain-pemain bolasepak Pahang dan paling terbaru ialah kunjungan jurulatih dan pemain badminton negara yang diketuai Ketua Jurulatih, Yap Kim Hock dan Misbun Dato' Haji Sidek.
-
PRODUK TERBARU KELUARAN YONEX
BERADA di pasaran dunia mulai Jun 2005
- 2006/06/23
RESTORAN KERETA 'PORT' KELAB MODIFIKASI
SEBUAH restoran yang berkonsepkan ala bersantai sambil menjamu selera telah dibuka kepada semua pengunjung di kawasan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur mulai 31 Disember 2004 sempena sambutan Tahun Baru 2005 lalu.
Restoran yang dinamakan 'KERETA' itu dibuka adalah cetusan idea pemiliknya, Raja Azmi Raja Sulaiman dan abangnya, Raja Azman Raja Sulaiman yang bertindak sebagai pengurus untuk melihat satu 'port' baru perlu diwujudkan kepada ahli-ahli kelab kereta modifikasi dan masyarakat setempat terutama di kawasan Lembah Kelang.
Menurut Raja Azman, pembukaan restoran ini diharapkan dapat memberi ruang kepada ahli-ahli kelab kereta dan mereka yang sukakan cabaran kereta modifikasi untuk bertukar-tukar fikiran sambil menikmati hidangan menu thai seafood.
"Setakat ini, ada di kalangan kelab-kelab kereta turut menjadikan Restoran KERETA sebagai tempat untuk mengadakan pertemuan mingguan dan mesyuarat bagi membincangkan aktiviti masing-masing.
Sebenarnya pembukaan restoran KERETA ini juga mempunyai hubungkait secara langsung dengan penerbitan majalah Kereta yang diusahakan oleh Raja Azmi yang sekaligus memperlihatkan perkembangan positif terhadap peranan kedua-dua belah pihak untuk menghimpun kesemua ahli-ahli kelab kereta di seluruh Lembah Kelang dalam satu tempat.
Menyentuh tentang menu, beliau berkata, nasi goreng KERETA dan minuman apple ais berasam adalah menu kegemaran di kalangan para pengunjung restoran milik Ulam Raja Enterprise Sdn Bhd ini selain kueyteow Hong Kong, sup cendawan dan sebagainya dengan tawaran harga berpatutan.
Kepada ahli-ahli kelab Kereta Modifikasi dan penduduk yang menetap di sekitar Lembah Kelang yang ingin merasai kelainan dan menjamu selera sambil bersantai boleh mengunjungi Restoran KERETA yang terletak di No.2, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota,Off Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur; Tel: 6(03) 41496011 ext.129 atau layari laman web http://www.angelfire.com/trek/kereta/
-
MISBUN DILANTIK SEBAGAI DUTA MINUMAN TEH REDGIN
SEJAJAR dengan perkembangan pesat dunia perniagaan, syarikat BYG Worldwide Berhad (BYG) mengambil langkah awal dalam memperluaskan pasaran tempatan dengan melantik jurulatih perseorangan badminton negara, Misbun Dato' Haji Sidek sebagai duta rasmi produk Teh RedGin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BYG, pemilihan Misbun adalah tepat dan kena pada masanya kerana profail dan ketokohan beliau amat disegani oleh seluruh masyarakat pelbagai peringkat usia dan bangsa.
Teh RedGin ini dihasilkan daripada ekstrak teh hitam import berkualiti tinggi, diadun bersama serbuk halia dan ubi bit merah sehingga sesiapa sahaja yang meminumnya pasti kagum dengan keunikan rasanya.
Dari sudut saintifiknya, halia yang digunakan sejak turun temurun lagi adalah penawar kepada pelbagai masalah penghadaman seperti perut kembung, loya, ketidakhadaman, jangkitan usus dan keracunan makanan tertentu.
Ia boleh diminum 2 - 3 cawan sehari iaitu 30 minit sebelum dan selepas menikmati sajian makanan.
Jika berminat untuk merasai keenakan rasanya, produk ini boleh diperolehi di pasaraya, kedai runcit restoran, agen-agen terpilih di seluruh negara atau menghubungi terus BYG Worldwide Berhad di lot 7,Jalan Pelabur 23/1, Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Tel: 6(03) 55429118 Faks: 6(03) 55422396 atau layari laman web http://www.byg2u.com
Paling terbaru, syarikat makanan kesihatan semulajadi, Beaute Link menerusi ICA Network telah melantik Misbun sebagai duta produk yang dilihat sebagai pilihan terbaik untuk orang ramai.
Antara produk keluaran Beaute Link ialah Tip Top Life, Egg Yolk Oil, Nu Herbal Tea Drink, Omega 3 Seal Oil, Beaute Propolis, IGG Power dan banyak lagi.
Dalam rangka menjadikan produk produk ini berjaya menembusi pasaran tempatan, Beaute Link telah menawarkan sistem pameran terkini terutama mengenai pakej produk kepada rakan kongsi niaga dan agen jualan di seluruh negara.