| RAMDAN LOLOS KE SUKU AKHIR REMAJA DUNIA | - 30/10/2009
- SEPERTI yang diramalkan Misbun Ramdan Datuk Misbun berjaya meloloskan diri ke pusingn suku akhir acara individu perseorangan lelaki Kejohanan Remaja Dunia selepas menewaskan jaguh utama Jerman, Nikolaj Persson 21-18, 28-26 pada pusingan keempat kejohanan itu sebentar tadi.
Biarpun diberi tentangan terutama pada penghujung set kedua dan kutipan mata silih berganti, namun ia langsung tidak mematahkan semangat untuk mengungguli perlawanan. Pada satu ketika, Ramdan dan Nikolaj silih mendahului mata bermula dari mata 16-16 sehinggalah ke mata 26.
Berkat kesabaran dan mengawal gelanggang akhirnya Ramdan berjaya menidak kemantapan Nikolaj dengan mempamerkan permainan lebih bertahan dan mengutip mata menerusi pukulan clear berbanding pemain Jerman itu yang kelihatan lebih menyerlah menjunamkan gelanggang dengan pukulan smash dan jaring.
Selanjutnya sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2009/10/ramdan-iskandar-lolos-ke-suku-akhir.html
|
|